Posted in
Bicara Hati
By Mohd Nazmi bin Hj. Saleh@Japri
Posted in
Bicara Hati
Maaf. Sejak kes ini saya alami, saya dah tak berani nak terlalu attached dengan mana-mana perempuan bukan mahram saya. Gusar terdetik perasaan yang saya sendiri tak sanggup nak kawal. Cukuplah sekadar pada perkara-perkara yang penting yang tak melibatkan hal-hal peribadi. Andai ada yang terlepas itu saya pohon maaf sangat-sangat.
By Mohd Nazmi bin Hj. Saleh@Japri
Posted in
Bicara Hati
Aku insan damba aman
cari ilham damaikan satu alam
aku insan mendambakan cari sayang
damaikan seluruh alam
bila kau mencari damai di sanubari
dari segala gala yang kau kesali
bilakan berhenti sesal dan menyesali
tersungkur dan menangis di pintu hati
benderang cahaya di atasnya cahaya
terangi alam yang gelap gelita
bismillah majreha bismillahi mursaha
kau seru kau puja suci namanya
seterang bintang di langit tinggi
menyinari musafir yang mencari di kembara sepi
By Mohd Nazmi bin Hj. Saleh@Japri
Posted in
Lama sangat dah tak terupdate blog ni. kering idea sebenarnya.
"Politik Malaysia makin jijik! Rasuah, liwat, video seks, sekarang? Sumpah laknat pulak." Wah, dah pandai lantang bersuara!
Adui..
Saya pun akui benda macam ni memalukan. Bayangkan kalau ada pelancong dari UK datang ke Malaysia. Naik-naik kapal terbang, dihidangkan dengan santapan muka depan 'Sex video', 'Sodomy case' akhbar-akhbar semasa. Ditambah pula ada rentetan paparan adegan-adegan yang tak patut. Aduh! Ini kalah page 3 The Sun dah ni.
Memang memalukan. Bukan pegang Quran terbalik sahaja yang memalukan!
Tambah teruk isu-isu macam ni dipolitikkan. Makin membuak-buak kebencian anak-anak muda sekarang nak terlibat sama dalam hal-hal politik.
Allah Allah...
Politik itu sunnah Rasulullah kawan-kawan. Tak ke parah kalau sunnah itu dibenci?
Kita pun satu jugak. Kritik, komen bukan main. Sekali bila kau yang kena pegang tanggungjawab, kelepuk kena kat kau balik nanti.
Ini namanya beringat sebelum kena. Baru sebulan lebih pegang jawatan, alhamdulillah semua ok. Amanah saya pegang ni bukan untuk publisiti apatah lagi populariti. Besar tanggungjawab mengarah projek ni. Ingatkan saya andai saya terlupa, andai saya tersilap ya kawan-kawan.
-hasbun Allahi wani'mal wakeel-

hati,
Tarbiah Hati
Tak sampai setengah tahun, macam-macam yang saya dah alami.
Paling teruk, sekeluarga diuji dgn kehilangan dalam jarak masa yang amat dekat.
Tiga cinta yang terpaksa direlakan pemergiannya. Ini perancangan Yang Maha Adil.
Berat. Namun ini ujian untuk saya fahami, untuk mengingatkan diri yang mudah hanyut dalam pesona dusta ini.
Kehilangan yang mematangkan diri untuk saya teruskan jihad ini.
Membuatkan saya sedar yang seronok menyambut ulang tahun kelahiran sendiri ibarat gembira untuk pergi tak kembali lagi.
Buat antum,
Ingat lagikah antum pada wujud Illah saat diuji dgn kegembiraan ini?
Dan ingatkah pula antum pada 'Sang Pencinta Luar Biasa' itu?
Perginya baginda saat dan tika ulang tahun kelahiran baginda sendiri.
Saat senyuman yang penuh kelembutan, penuh kasih sayang dianggap sebagai tanda kesembuhan menjadi pengganti tanda peninggalan...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [QS 2:286]
Andai esok ada untukku lagi...